Guru berjauhan keluarga, kementerian tunggu laporan

Iklan
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik (berdiri, tengah) beramah mesra bersama penduduk setempat ketika hadir pada Sesi Tinjauan Mesra di Pasar Tani Kuala Medang Sungai Koyan hari ini.
Sesi itu merupakan salah satu program sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) P.078 Cameron Highland yang akan berlangsung pada 26 Januari depan. - Foto Bernama.

LIPIS - Kementerian Pendidikan sedang menunggu laporan lengkap daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk mengenalpasti jumlah guru yang mengalami masalah berjauhan daripada keluarga masing-masing.

Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata, buat masa ini beliau belum menerima laporan mengenai situasi tersebut daripada jabatan terbabit.

Iklan
Iklan

Beliau berkata sedemikian kepada media selepas sesi 'walk about' di pasar pagi Kuala Medang,hari ini.

Sementara itu, mengulas mengenai insiden seorang ustazah yang hilang selama empat hari, sejak Isnin lalu, sebelum ditemui di Kuala Kangsar, Perak, petang semalam, Maszlee memberitahu pihaknya masih menunggu laporan berhubung kejadian itu daripada JPN Pulau Pinang.

Iklan

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan kehilangan seorang ustazah Nur Farhana Ibrahim, 27,yang disedari suaminya selepas wanita itu tidak pulang ke rumah mereka di Langgar, Kedah pada petang Isnin lalu.

Suami mangsa memaklumkan isterinya itu pernah menerima rawatan kemurungan pada tahun 2014 kerana dipercayai berpunca daripada terpaksa berulang alik setiap hari dari Langgar (Alor Setar) ke Balik Pulau (Pulau Pinang) untuk mengajar di sekolah berkenaan.

Iklan

Jarak sehala Langgar ke Balik Pulau ialah kira-kira 100 kilometer dan difahamkan ustazah itu sudah beberapa kali memohon untuk berpindah ke Kedah supaya lebih dekat dengan keluarganya.