Suri rumah, lima rakan rugi RM100,000 ditipu

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF Gambar kecil: Mohd Wazir

KUANTAN - Seorang suri rumah dan lima rakannya berputih mata apabila wang RM100,000 yang 'dilaburkan' mereka sebagai modal untuk berniaga sambilan barangan dari China lebur.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, wanita berusia 39 tahun itu mendakwa menerima dan memuat turun satu aplikasi dari China untuk kerja sampingan itu pada 12 April.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dia dan lima rakannya sepakat untuk melabur RM100,000 sebagai modal kerja sampingan menjual barangan dari China secara dalam talian.

"Wang tersebut dibayar secara berperingkat melalui dua akaun bank.

Iklan

"Selepas bayaran dibuat mangsa mula curiga dan syak pekerjaan yang ditawarkan itu tidak wujud, lalu membuat laporan polis di Balai Polis Bentong semalam," katanya.

Mohd Wazir berkata, pihaknya percaya sindiket penipuan memperdaya mangsa dengan menawarkan tawaran kerja dalam talian sebelum meminta wang modal.

Iklan

"Setelah wang dimasukkan dalam akaun bank suspek, mangsa mendapati maklumat pekerjaan adalah palsu dan tidak wujud," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.