'ATM beras' atasi kekurangan bekalan, bayaran fidyah

Iklan
Mohammad Yaakub (tengah) ketika pelancaran mesin ATM beras di Murtadha Dakwah Centre di sini kelmarin.

SUNGAI PETANI - Penghasilan mesin pengeluaran beras hasil inovasi yang diilhamkan daripada mesin pengeluaran wang (ATM) dapat dijadikan sebagai solusi terbaik bagi mengatasi masalah kekurangan makanan ruji itu.

Pengasas Murtadha Dakwah Centre, Mohammad Yaakub Yusra berkata, inisiatif yang diambil itu dapat membantu golongan asnaf mendapatkan beras melalui bantuan mesin secara layan diri.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dalam masa sama, ia dijadikan penyelesaian kepada masalah pembayaran fidyah yang tidak hanya tertumpu pada bulan Ramadan semata-mata.

"Bagi yang ingin membayar fidyah, mereka boleh berhubung dengan operator bertugas.

Hanif (dua dari kiri) cuba menggunakan mesin pengeluaran beras yang diperkenalkan.

Iklan

"Kita cipta alat ini khususnya untuk membantu golongan B40 termasuk yang terjejas ketika penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya ketika pelancaran di Murtadha Dakwah Centre di sini kelmarin.

Katanya, kesemua mesin terbabit akan diserahkan kepada tiga pusat khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi kawasan Pantai Merdeka, Tanjung Dawai, Kuala Ketil serta Pusat Khidmat Parlimen Merbok selain di Murtadha Dakwah Centre di Sungai Jagung di sini.

Iklan

Sementara itu, ADUN Tanjung Dawai, Hanif Ghazali berkata, mesin ATM beras berkenaan dapat membantu golongan kurang pendapatan untuk mendapatkan beras yang merupakan makanan ruji rakyat Malaysia.

"Insya-ALLAH, mesin ATM beras ini akan ditempatkan di Madrasah Zubaidiyah Merbok bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Dawai," katanya.

Setakat ini, proses pengambilan beras perlu menggunakan kad pintar yang dikeluarkan Murtadha Dakwah Centre di mana satu kilogram beras dikeluarkan setiap kali kad disentuh pada mesin dengan had 15 kali pengeluaran sebulan.

Katanya, ia juga diharap mampu menjadi inspirasi kepada banyak pihak dalam membantu golongan yang tidak bernasib baik.