Wabak misteri landa Hong Kong

Iklan
Penyelidik di Hong Kong telah menguji populasi tikus di seluruh Hong Kong untuk mengenal pasti kluster haiwan tersebut. - Foto AGENSI

HONG KONG - Pakar penyakit berjangkit di Hong Kong sekali lagi berdepan wabak misteri selepas ia pertama kali dikesan pada 2018.

"Secara tiba-tiba, kita berdepan ancaman virus yang boleh disebarkan dari tikus jalanan kepada manusia," kata Dr Siddharth Sridhar, ahli mikrobiologi dan salah seorang penyelidik di University of Hong Kong yang membuat penemuan itu.

Iklan
Iklan

Sejak kes pertama melibatkan pesakit berusia 58 tahun yang menjalani pemindahan hati kira-kira dua tahun lalu, seramai 10 lagi penduduk di bandar raya terbabit disahkan positif hepatitis E tikus juga digelar HEV tikus.

Kes terbaharu membabitkan seorang lelaki berusia 61 tahun yang berdepan masalah fungsi hati tidak normal dan didiagnos positif pada 30 April lalu.

Iklan

"Mungkin terdapat ratusan lagi jangkitan yang gagal dikesan di luar sana. Bagaimana ia tersebar kepada manusia masih jadi misteri. Sama ada melalui makanan tercemar atau melibatkan haiwan lain. Kami masih belum temui jawapan," ujar Sridhar.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), virus hepatitis E biasanya disebarkan melalui air yang tercemar dengan najis pesakit.

Iklan

Tetapi, penyebaran oleh tikus itu telah mencetuskan tanda tanya kerana penyelidik masih gagal untuk mengenal pasti bagaimana penularan itu boleh berlaku.

Difahamkan, saintis turut menguji populasi tikus di seluruh Hong Kong untuk mengenal pasti kluster haiwan itu sebelum ia menularkan virus tersebut kepada manusia, namun kajian itu masih gagal mengetahui tempoh inkubasi sebelum pesakit didiagnos positif.

Hepatitis E ialah penyakit hati yang boleh menyebabkan demam, penyakit kuning dan hati yang membesar serta terdapat empat spesies virus itu yang menular antara pelbagai haiwan dan hanya satu daripadanya diketahui menjangkiti manusia. - Agensi