NUJM hargai sumbangan ABIM buat petugas media

Iklan
ABIM dan Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia

SHAH ALAM - Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM) menerima sumbangan peralatan perlindungan diri dan bekalan makanan daripada Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bagi petugas media yang melaksanakan tanggungjawab sebagai penyampai maklumat kepada rakyat.

Presidennya, Farah Marshita Abdul Patah berkata, sumbangan itu akan diagihkan kepada semua petugas media tanpa mengira sama ada mereka adalah ahli NUJM atau pun sebaliknya.

Iklan
Iklan

Menurutnya, walaupun jangkitan penularan Covid-19 kini berada dalam pemantauan dan kawalan, namun petugas media masih berdepan risiko yang tinggi ketika membuat liputan.

"Sememangnya sentiasa ada keperluan untuk penutup hidung dan mulut bagi petugas media yang datang daripada pelbagai organisasi.

Iklan

"NUJM sekali lagi dengan rendah diri mengucapkan terima kasih atas sumbangan dan keprihatinan ABIM dan orang ramai terhadap petugas media,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

ABIM menyumbangkan lebih 2,000 topeng muka, 200 botol cecair pembasmi kuman dan 200 kotak kurma serta pelbagai bekalan makanan sebagai komitmen pihaknya untuk membantu petugas media yang juga merupakan petugas barisan hadapan.

Iklan

Sumbangan dengan kerjasama Projek Wawasan Rakyat (PoWR) itu diserahkan sendiri oleh Presiden ABIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz kepada wakil NUJM hari ini.