ADUN PH, Exco Kedah sokong Mukhriz: Mahfuz

Iklan
Mahfuz (tiga dari kanan) menyerahkan sumbangan Econsave Cash and Carry di Pekan Pokok Sena kepada 400 penerima hari ini.

POKOK SENA - Parti Amanah Negara (Amanah) percaya semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Pakatan Harapan (PH) dan Exco Kerajaan Negeri Kedah berdiri teguh di belakang Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar berkata, usaha yang ditunjukkan oleh Pas yang mahu mengambil alih kepimpinan negeri itu disifatkan sebagai terlalu ghairah.

Iklan
Iklan

Menurutnya, beliau melihat satu perkara yang sangat merugikan jika berlaku pengkhianatan kerana rakyat telahpun memilih PH bagi menerajui negeri tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.

"Mereka (Pas) terlalu ghairah untuk mendapatkan kuasa sebab mereka rasa ia mampu berikan keuntungan untuk politik mereka tapi saya percaya ADUN dan Exco Kerajaan Negeri Kedah tetap bersama Datuk Mukhriz untuk menstabilkan negeri yang telah dimandatkan oleh rakyat negeri Kedah," katanya kepada media selepas menyampaikan sumbangan Econsave Cash and Carry di Pekan Pokok Sena kepada 400 penerima hari ini.

Iklan

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata demikian ketika mengulas kenyataan Pesuruhjaya Pas Kedah, Ahmad Yahaya yang mendakwa Pas bersedia mengetuai pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah berikutan kepincangan dan perpecahan yang semakin tidak terkawal dan berlaku dalam PH Kedah.

Menurutnya, keyakinan itu adalah bersandarkan kepada semangat kerjasama Muafakat Nasional Pas-UMNO yang kini memiliki 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu.

Iklan

Dalam pada itu, Mahfuz juga menggesa agar gabungan kerajaan Perikatan Nasional tidak gentar berhubung usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin jika memiliki majoriti kerusi di Dewan Rakyat.

Menurutnya, sikap pimpinan Perikatan Nasional yang banyak memberikan alasan tentang usul yang akan dibangkitkan pada 18 Mei ini menunjukkan kerajaan sedia ada amat goyah dalam pentadbiran ketika ini.

"Usul undi tidak percaya ini tidak memerlukan masa yang panjang, jika tidak mahu bahas pun tidak apa. Terus undi," katanya.