Royalti: NGO R minta rakyat Kelantan terus berdoa

Iklan
Nazri Deraman

KOTA BHARU - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Royalti atau NGO R menyeru rakyat negeri ini mengambil keberkatan Ramadan untuk berdoa supaya usaha Kelantan mendapatkan bayaran dipermudahkan sempena genapnya 45 tahun tarikh perjanjian royalti.

Presidennya, Nazri Deraman berkata, tarikh 9 Mei merupakan titik permulaan harapan besar rakyat Kelantan untuk menikmati hasil kekayaan bumi negeri ini dan ia sangat dekat dengan hati aktivis royalti.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pada tarikh itu genaplah 45 tahun tempoh harapan, penantian dan perjuangan rakyat Kelantan yang mana pada 9 Mei 1975 suatu perjanjian disebut Perjanjian Royalti telah ditandatangani oleh Datuk Muhamed Nasir selaku Menteri Besar Kelantan ketika itu dan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengerusi dan Ketua Eksekutif Petronas yang pertama.

"Itu satu tempoh yang agak lama. Seluruh rakyat Kelantan amat mengharapkan pembayaran royalti menjadi kenyataan dalam masa terdekat.

Iklan

"Kebanyakan isu teknikal telahpun hampir selesai. Isu sempadan laut, penentuan telaga yang bertindih dan lain-lain yang berkaitan seharusnya tidak mengambil masa yang lama untuk diputuskan.

"Segala usaha yang baik ke arah pembayaran royalti Kelantan yang telah dirintis oleh kepimpinan kerajaan lalu seharusnya diteruskan,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Iklan

Nazri berkata, kerajaan Persekutuan telah mengesahkan bahawa Kelantan sememangnya mempunyai beberapa kawasan medan pengeluaran minyak dan ia telahpun mengeluarkan hasil.

"Pihak kerajaan juga telah menyatakan persetujuan bahawa bermula 2020 Petronas akan menjelaskan bayaran tunai (royalti) terus kepada negeri (Kelantan),” katanya.

Katanya, ia bertepatan sebagaimana yang telah ditegaskan bekas Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali sewaktu menggulung Perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2020 di Dewan Rakyat pada 30 Oktober 2019.

"Seluruh rakyat Kelantan amat berharap agar sinar baharu untuk negeri ini di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional dengan pembayaran royalti pertama dalam sedikit masa sahaja lagi insya-ALLAH. Biiznillah,” katanya.

Beliau berkata, sekarang adalah ‘moment’ terbaik untuk kedua-dua kepimpinan kerajaan negeri dan Persekutuan mengadakan rundingan bagi merealisasikan perjuangan suci rakyat Kelantan yang telah menjangkau usia matang 45 tahun.

Lantaran perubahan kerajaan Persekutuan dari Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Harapan (PH) dan terkini Perikatan Nasional pula katanya, harapan seluruh rakyat Kelantan sememangnya semakin cerah untuk mendapatkan bayaran royalti petroleum tersebut.

"Kini setelah lebih dua bulan negara di bawah kepimpinan Muhyiddin dan barisan Kabinet kerajaan Perikatan Nasional ramai yang bertanya Kelantan dah dapat royalti? Bila Petronas nak bayar royalti?

"Berdasarkan situasi semasa negara yang masih lagi bergelut dengan pandemik koronavirus (Covid-19), hampir seluruh kekuatan negara dan perhatian diberikan untuk menyelesaikan permasalahan tersebut agar kita dapat keluar dari masalah ini dalam masa terdekat.

"Maka isu tuntutan royalti ini mungkin ‘direhatkan’ sementara. Kami yakin tempoh rehat ini tidak mengambil masa yang agak lama memandangkan negara kita telah menghampiri kejayaan melawan penularan Covid-19,” katanya.