Koktel tiga ubat lebih berkesan rawat Covid-19

Iklan
Koktel tiga ubat itu didakwa berkesan merawat pesakit Covid-19 dengan simptom ringan hingga sederhana. - Foto AGENSI

NEW YORK - Pesakit koronavirus (Covid-19) yang mengalami simptom ringan hingga sederhana didakwa sembuh lebih cepat jika mereka dirawat dengan koktel tiga ubat berbanding kumpulan yang menerima kombinasi dua ubat, menurut saintis semalam.

Laporan penyelidik di enam hospital awam di Hong Kong dan University of Hong Kong yang diterbitkan menerusi jurnal The Lancet itu berdasarkan keputusan ujian ke atas 127 pesakit dewasa termasuk 86 yang diberikan koktel tiga ubat dan 41 individu lain dalam kumpulan perbandingan.

Iklan
Iklan

Kajian didakwa masih dalam fasa awal percubaan tahap dua itu menunjukkan pesakit yang diberikan koktel tiga ubat terdiri daripada lopinavir-ritonavir, ribavirin dan interferon beta-1b itu akan mula menunjukkan perubahan positif dalam tempoh tujuh hari.

Penyelidikan sebelum ini juga mendapati kombinasi lopinavir-ritonavir dan ribavirin dapat mengurangkan kegagalan pernafasan dan kematian pesakit Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) manakala interferon beta-1b didakwa dapat memulihkan masalah paru-paru dalam kajian virus Sindrom Pernafasan Asia Barat (Mers). - Agensi

Iklan
Iklan