WASHINGTON - Pembantu peribadi kepada anak perempuan sulung Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump didiagnos positif koronavirus (Covid-19).
CNN memetik sumber tidak didedahkan semalam melaporkan individu tersebut bekerja yang bekerja dalam kapasiti peribadi untuk Ivanka didakwa sudah beberapa minggu tidak mempunyai kontak rapat dengannya.
Iklan
Iklan
Ivanka dan suaminya, Jared Kushner yang merupakan penasihat kanan Trump disahkan bebas jangkitan virus itu.
Laporan tentang perkara itu dibuat pada hari sama Katie Miller yang merupakan pembantu kepada Naib Presiden, Mike Pence disahkan positif Covid-19.
Sehari sebelum itu, pelayan peribadi Trump yang mempunyai kontak rapat dengan beliau juga didiagnos positif.
Di tengah-tengah kebimbangan berhubung serangan pandemik itu di Rumah Putih, Setiausaha Media Rumah Putih, Kayleigh McEnany memberi jaminan pelbagai langkah ketat telah diambil untuk membendung penularan wabak terbabit dalam kalangan kakitangan di kediaman rasmi Presiden AS tersebut.
Kelmarin, ujian dilakukan ke atas Trump dan Pence menunjukkan kedua-dua pemimpin tersebut bebas jangkitan Covid-19. - Agensi