Polis tahan pemandu mabuk

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang lelaki yang memandu dalam keadaan mabuk dalam Op Samseng Jalanan dan Rondaan/Pemantauan Op Covid 19 di Jalan Tun Sambanthan, di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, pihaknya mengesan sebuah kereta jenis Kia Spectra warna hitam dalam keadaan mencurigakan.

Iklan
Iklan

"Pemeriksaan dilakukan ke atas seorang lelaki berusia 37 tahun, dia didapati memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol. Kita turut menjumpai bungkusan dadah jenis ganja di dalam poket seluarnya.

"Lelaki tersebut telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields untuk tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 45(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 1999) dan Seksyen 39 (a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya melalui kenyataan media, hari ini.

Iklan

Dalam kes berasingan, Zulkefly memaklumkan pihaknya turut menahan dua lelaki yang melakukan aksi amat merbahaya kepada diri sendiri serta pengguna jalan raya yang lain di Jalan Semarak pada jam 11.30 malam.

"Dua lelaki itu berusia 20 dan 24 tahun melakukan aksi ‘wheelie’ di lokasi kejadian, kita turut merampas dua motosikal jenis Honda EX5. Kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan jalan 1987,” katanya.

Iklan