Covid-19 buat Van Dijk sedar

Iklan
Van Dijk - Foto Gettyimages

BINTANG Liverpool, Virgil van Dijk percaya penangguhan berterusan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) akibat pandemik Covid-19 telah memaksanya untuk menyedari realiti kehidupan setelah bersara daripada bola sepak.

Van Dijk percaya tempoh penangguhan saingan EPL sejak dua bulan lalu seakan memberi gambaran mengenai apa yang bakal dilalui pemain bola sepak setelah bersara suatu hari nanti.

Iklan
Iklan

Menurut Van Dijk secara keseluruhannya perkara berkenaan nyata sesuatu yang berbeza kerana tidak pernah berlaku sebelum ini hingga membuatkan dirinya lebih menghargai apa dimiliki.

"Ia sesuatu yang sukar apabila secara tiba-tiba (dianggarkan dalam tempoh dua bulan), kita tidak dapat menunjukkan bakat yang kita miliki termasuk keras dalam perlawanan yang dilalui di hadapan penonton yang ramai, memenangi perlawanan, sesi latihan, bersama rakan sepasukan dan lain-lain.

Iklan

"Keseluruhannya saya tidak mahu memikirkan mengenai persaraan atau yang seumpamanya, tetapi ia pasti sesuatu yang aneh kerana membuatkan kita berfikir betapa sukar bagai seseorang pemain membuat keputusan untuk bersara kerana memikirkan apa yang boleh dilakukan selepas itu (persaraan).

"Masanya akan tiba apabila kita tidak ada idea untuk melakukan sesuatu dan perasaan itu sudah mula dirasai ketika ini disebabkan kita semua sememangnya tidak tahu apa yang akan berlaku,” katanya kepada Sukan Sinar, semalam.

Iklan

Untuk rekod, Liverpool berada pada kedudukan selesa di puncak dengan perbezaan 25 mata berbanding pencabar terdekat dan dilihat berpeluang cerah merangkul trofi EPL pertama sejak 1990 apabila saingan EPL ditangguhkan sejak Mac lalu berikutan pandemik Covid-19

Sehubungan itu kerajaan United Kingdom juga mengeluarkan arahan perintah berkurung ke seluruh negara termasuk melarang sesi latihan pemain diadakan seperti biasa dan mereka (pemain) dikehendaki melakukan sendiri latihan di rumah.

Sementara itu Van Dijk mengakui agak aneh apabila terpaksa berhubung dengan rakan sepasukan hanya menerusi ruang sembang kumpulan (group chat).

"Memang ia sesuatu yang agak aneh, tetapi kita perlu menerimanya dan melakukan perkara dengan cara yang berbeza.

"Apa pun, perkara paling penting ketika ini adalah kesihatan untuk semua orang. Bagi saya, ia adalah perkara paling mustahak ketika ini,” katanya.