Kisah Sedih ketika mengunjungi Masjid Muslim Uiyghur

Iklan

SEORANG aktivis kemanusiaan, Azzam Mujahid Izzulhaq yang berjaya memasuki wilayah Xianjiang, China berhadapan momen mengharukan tatkala menyaksikan sendiri penderitaan masyarakat muslim Uighur disana.

Kongsinya apa yang lebih menyedihkannya adalah meskipun masjid serba megah telah terbina namun untuk solat di dalamnya bukan sesuatu yang mudah.

Iklan
Iklan

"Jika di depan Kabah saya menangis saat solat mendengarkan ayat al-Quran yang dibaca oleh Imam dengan begitu fasih, panjang dalam alunan suara yang menyentuh hati. Tidak di sini. Saya menangis kerana

keadaanya. Dengan segala keterbatasan umat Islam untuk beribadah kepada ALLAH Rabbul Izzati." kata Azzam yang dipetik menerusi Facebooknya.

Iklan

Suasana Masjid

Azzam, dalam kisahnya , menceritakan bahawa dia mendirikan solat di masjid setinggi tiga tingkat dengan bangunan yang amat mengkagumkan.

Iklan

"Masjidnyna telah didirikan lebih dari puluhan atau hingga ratusan lalu, dahulunya masjid ini dibuka sepanjang hari. kanak-kanak ramai yang datang. Sekarang sepi. kerana disekat dan dihalang," katanya.

Pemeriksaan Masuk Masjid

Azzam dalam perkongsiannya turut menceritakan bagaimana azabnya untuk mendirikan solat di dalam masjid itu kerana banyak halangan yang perlu ditempuhi.

Jelasnya, antara halangan itu adalah mereka yang mahu memasuki masjid akan diperiksa dengan ketat tidak ubah seperti pemeriksaan yang dilakukan oleh pihak imigresen.

"Masuk masjid diperiksa kad pengenalan. Barang yang dibawa akan diimbas menerusi mesin imbasan, selain diperiksa secara 'manual' dengan teliti.

"Orang luar seperti saya pasportnya diimbas , visa saya diteliti, cermin mata saya dibuka dan wajah saya dirakam, telefon bimbit diperiksa, diperiksa semua aplikasi dan gambar," katanya.

Katanya, setelah selesai solat, tidak dibenarkan berzikir dan sebagainya kerana jemaah akan terus dihalau keluar dari masjid.

Dalam perkongsian ini, Azzam tak menyertakan foto kerana dilarang keras menggunakan telefon bimbit ketika berada di sekitar Masjid.

Kisah ini dipetik menerusi perkongsian Anton Soffian Indonesia.