CYBERJAYA - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan bertemu Persatuan Automotif Malaysia (MAA) minggu depan bagi membincangkan isu-isu utama, termasuk insentif untuk kenderaan cekap tenaga (EEV) serta kelulusan harga kereta.
"MITI akan menyelaras pertemuan dengan MAA dan pemegang kepentingan yang lain, supaya kami boleh berbincang. Kami akan mengumumkan keputusannya (perbincangan) kepada media,” kata timbalan menteri berkenaan Dr Ong Kian Ming.