Wanita maut jatuh jambatan di Putrajaya

Iklan
Gambar hiasan

PUTRAJAYA- Seorang wanita tempatan ditemui mati di bawah jambatan di Presint 2 di sini malam semalam setelah dipercayai terjatuh dari jambatan tersebut.

Seorang saksi awam yang berada berhampiran jambatan berkenaan mendakwa terdengar bunyi seperti benda jatuh dari jambatan berkenaan pada kira-kira 10 malam, sebelum menemui seorang wanita dalam keadaan terbaring di bawah jambatan berkenaan ketika cuba untuk memeriksa bunyi berkenaan.

Iklan
Iklan

Timbalan Ketua Polis Daerah Putrajaya Superintendan S Vijaya Rao ketika dihubungi hari ini mengesahkan pihaknya ada menerima laporan berhubung insiden berkenaan dan berdasarkan dokumen yang ditemui pada wanita berkenaan, mendapati dia berumur 23 tahun dan berasal dari Banting, Selangor.

Menurutnya, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Iklan
Iklan

Mayat telah dibawa ke Hospital Putrajaya untuk dibedah siasat.-Bernama