AC Milan sahkan pemain, pegawai bebas Covid-19

Iklan
Pemain AC Milan bebas Covid-19.

GERGASI Serie A, AC Milan mengesahkan bahawa tiada pemain serta pegawainya yang diuji positif Covid-19 setakat ini.

Menurut satu kenyataan kelab berkenaan baru-baru ini, kesemua pemain serta kakitangan teknikal kelab berkenaan bebas dan tidak mempunyai gejala virus berkenaan.

Iklan
Iklan

"Pemain akan menyambung latihan individu masing-masing di Milanello dalam masa terdekat ini.

"Selain itu, kita juga akan mengadakan ujian saringan kesihatan terhadap bagi semua pemain dan kakitangan dalam tempoh beberapa hari ini,” katanya.

Iklan

Untuk rekod, Milan kini berada pada kedudukan ketujuh (tiga mata di belakang Napoli) dengan empat kemenangan dan dua kali seri daripada lapan perlawanan terakhir liga selain masih dalam pemburuan ke slot Liga Europa sebelum saingan Serie A dihentikan berikutan pandemik Covid-19, Mac lalu.

Terdahulu timbul kekeliruan terhadap jumlah pemain AC Milan yang dijangkiti Covid-19 apabila presiden kelab, Paolo Scaroni dikatakan ‘merujuk’ kepada ‘sebahagian pemain yang dijangkiti’ dalam satu sesi sidang video baru-baru ini.

Iklan

Difahamkan pada sidang video berkenaan, Scaroni turut mengatakan bahawa pemain-pemain berkenaan masing-masing kini berada dalam fasa pemulihan.

"Kita ada beberapa pemain yang dijangkiti sebelum ini dan mereka dalam fasa pemulihan iaitu Paolo Maldini dan anaknya, Daniel Maldini,” katanya.

Sementara itu Sacroni berkata, kesebelasan AC Milan dijangka kembali menjalani latihan secara individu mulai Jumaat ini, setelah dua bulan dibenarkan berlatih oleh kerajaan.

"Milanello sudah dibuka dan kami sudah pun mula berlatih dengan menjaga penjarakan antara satu sama lain kerana tidak sabar untuk saingan Seria A bersambung,” katanya.

"Kita juga mungkin boleh mengadaptasikan formula dari liga bola sepak Jerman yang merehatkan pemain yang dijangkiti manakala pemain lain boleh meneruskan latihan,” katanya.