Ramadan ini jadi peristiwa terpenting dalam sejarah: MB Selangor

Iklan
Amirudin Shari

SHAH ALAM - Pengalaman menyambut Ramadan kali ini disifatkan menjadi peristiwa terpenting dalam sejarah hidup rakyat.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, penularan wabak koronavirus (Covid-19) dalam negara telah meninggalkan kesan tersendiri termasuklah suasana sambutan Ramadan yang berbeza berbanding sebelum ini.

Iklan
Iklan

Amirudin memaklumkan, beliau secara peribadi turut merasai kesukaran dialami petugas barisan hadapan yang komited dalam memastikan penularan wabak berkenaan dapat dikawal.

"Kita telah melalui hampir separuh daripada perjalanan kita di bulan Ramadan pada tahun ini.

Iklan

"Ramadan pada kali ini mencabar kita dengan wabak Covid-19 yang harus kita lalui dengan kesabaran yang tinggi,” katanya menerusi perutusan sempena sambutan Nuzul Quran hari ini.

Mengulas mengenai Nuzul Quran, beliau turut menyeru semua pihak untuk terus menghayati dua 'pusaka' besar ditinggalkan Rasulullah SAW iaitu al-Quran dan sunnah.

Iklan

Beliau berkata, ulama terkemuka, Imam Al-Ghazali pernah berkata bahawa seorang alim menyebutkan al-Quran mempunyai 77,200 bentuk ilmu dengan setiap satu kalimah ialah cabang ilmu yang dapat bercambah empat kali ganda.

"Untuk kita umatnya yang tidak hidup di zaman baginda, pusaka inilah yang akan menjadi panduan di dalam kehidupan kita.

"Sempena Nuzul Quran ini, marilah kita bersama mengambil kesempatan untuk meningkatkan lagi kefahaman kita tentang al-Quran. Pesan-pesan al-Quran berguna dan masih terpakai untuk kita pada saat wabak ini menular,” katanya.