Aksi Instafamous baring atas pokok dikecam

Iklan
Aksi seorang Instafamous baring di atas pokok berdekatan kawasan River of Life (RoL) di sini.

KUALA LUMPUR - Aksi video berdurasi empat saat memaparkan seorang selebriti media sosial (Instafamous) baring di atas pokok di kawasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bukan sahaja menerima pelbagai reaksi dan kecaman netizen namun turut melanggar undang-undang.

Unit Media DBKL menerusi satu kenyataan memaklumkan, selebriti yang mempunyai hampir 1.2 juta pengikut tersebut dikesan melakukan dua kesalahan di kawasan itu.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan dikeluarkan, orang ramai yang ingin melakukan sebarang aktiviti di sepanjang kawasan River of Life (RoL) perlu mendapatkan kebenaran termasuk penggambaran.

"Tidak kira anda siapa...atau apapun tujuan anda...anda telah melakukan kesalahan di sini. Pertama merosakkan harta Datuk Bandar Kuala Lumpur di bawah Undang Undang Kecil Vandalisme dan kedua melakukan penggambaran tanpa memperoleh kebenaran terlebih dahulu daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Iklan

"Tujuan bunga dan pohon renek ditanam di lapangan adalah untuk hiasan dan keindahan bukan untuk dimusnahlaku,” kata kenyataan dimuat naik DBKL di akaun Facebook rasminya.

Sementara itu, pelayar laman sosial, Noor Fazlina Rosley menerusi posting di akaun Facebooknya berkata, selebriti itu tidak mempunyai hak untuk melakukan perkara yang boleh merosakkan harta benda awam hatta pokok bunga sekalipun.

Iklan

Menurutnya, ia adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab dan tidak bertimbang rasa.

"Anda adalah seorang selebriti dan ‘influencer’, ramai followers (pengikut) 1.2 juta ramainya. Tapi tindakan anda ini akan mengundang lebih ramai lagi mengikuti jejak langkah anda untuk melakukan aktiviti yang merosakkan harta benda awam.

"Saya secara peribadi berpendapat bahawa dengan bukti-bukti yang ada ini, anda patut didenda, walaupun sekadar RM10 sekalipun, sebagai ganti rugi teladan / ‘punitive damages’/ ‘exemplary damages’ kepada semua dan diuar-uarkan oleh media supaya menjadi teladan,” tulisnya.

Mohd Aries pula menulis DBKL perlu mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan vandalisme.

" Elok sangat la amik (ambil) tindakan, sebenarnya ramai orang macam ni rosakkan tanaman vandalisme nak lagi taman-taman awam.....orang awam yang ada kesedaran tertanya-tanya apa tindakan DBKL...maka jadikanlah ia sebagai contoh dan tauladan....teruskan tindakan DBKL,” tulisnya.

Dalam pada itu, Nur Syuhada Kamaruzaman pula berharap pelaku dikenakan kompaun dan didenda melakukan kerja kebajikan.

"Kompaun dan denda tatasusila iaitu membuat kerja-kerja kebajikan DBKL selama dua hingga tiga bulan baru yang lain tak akan ambil mudah dan ikut perangai macam ini,” tulisnya.