Remaja Rohingya cuba buka pintu kereta ketika minta sedekah

Iklan
Aksi remaja ini yang kemudiannya tular di media sosial.

SHAH ALAM - Seorang pengguna jalan raya di sini berkongsi detik cemas apabila seorang remaja dipercayai warga Rohingya cuba membuka pintu keretanya ketika berhenti di lampu isyarat berhampiran persimpangan bertingkat Batu Tiga di sini.

Pengguna jalan raya yang tidak dikenali berkongsi detik itu melalui rakaman video yang dirakam sendiri ketika dihampiri remaja berkenaan yang meminta sedekah ketika dia berhenti di lampu isyarat.

Iklan
Iklan

Video yang tular di laman sosial hari ini itu juga menunjukkan remaja berkenaan meminta sedekah dari kereta ke kereta.

Namun selepas menyedari perbuatannya dirakam, remaja itu menghampiri kereta mangsa terbabit dan cuba membuka pintu kereta dari luar.

Iklan

Tinjauan Sinar Harian di lokasi kejadian bagaimanapun mendapati kelibat peminta sedekah itu tidak kelihatan di kawasan berkenaan.

Kawasan dikatakan menjadi lokasi remaja Rohingya meminta sedekah.

Penunggang motosikal, Zudi Bahrom, 32, berkata, peminta sedekah warga Rohingya itu kerap berlegar di kawasan persimpangan jejambat ini sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Iklan

"Dulu memang ada remaja Rohingya minta sedekah, dia akan datang ke tepi kereta dan motosikal, kadang kalau kereta dia akan ketuk tingkap.

"Tapi sekarang ini macam sudah tiada mungkin pihak berkuasa kerap buat rondaan, jadi dia pun mungkin tidak berani hendak datang sini," katanya.