Haiwan aneh dikait dengan burung

Iklan
Haiwan aneh menarik perhatian netizen. - Foto Daily Star

LIVERPOOL - Satu rakaman video menunjukkan haiwan berbentuk aneh diberi makan menggunakan penyedut minuman nyata menarik perhatian netizen.

Menerusi Daily Star, ahli teori konspirasi, Disclosescreen turut berkongsi mengenai haiwan sebesar ibu jari itu menerusi laman YouTube.

Iklan
Iklan

Netizen yang menonton video itu mengakui terkejut dengan kewujudan spesies terbabit dan tidak kurang juga mengaitkannya dengan makhluk asing.

Bagaimanapun, netizen enggan itu dikenali berkata, bentuk haiwan tersebut seperti anak burung jenis gouldian finch.

Iklan
Burung gouldian finches memiliki bulu warna-warni yang cukup cantik. - Foto Daily Star

"Ia burung dengan paruh yang pelik. Saya perasan ia adalah anak burung tetapi jenis baka, tak pasti," katanya.

Seorang penyelidik tingkah laku haiwan di Liverpool John Moores University, Claudia Mettke-Hoffmann berkata, spesies berkenaan mempunyai warna yang bersinar di luar paruhnya yang memantulkan cahaya selain warna burung tersebut diakui sangat unik serta cantik.

Iklan