Gempa bumi sederhana landa laut banda di Indonesia

Iklan

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter melanda Laut Banda, Indonesia pada jam 9.06 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan gegaran itu berlaku kira-kira 332 kilometer tenggara dari Ambon, Indonesia pada kedalaman 10 kilometer.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.- Bernama