Terima kasih abang polis!

Iklan
Paparan Facebook Silva Ruth Ann.

JOHOR BAHRU - Tugas hakiki anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) bukan semata mencegah jenayah dan memelihara ketenteraman awam tetapi turut komited menyantuni masyarakat.

Semalam, tular beberapa keping foto menyaksikan dua anggota unit peronda trafik Iskandar Puteri menahan sebuah keluarga masyarakat Orang Asli yang menungang motosikal ketika hujan lebat.

Iklan
Iklan

Lebih bersimpati, si ibu memangku anak kecil berusia setahun tujuh bulan manakala anak sulung berusia tiga tahun duduk di hadapan dan mereka dipercayai dalam perjalanan ke rumahnya di Kampung Simpang Arang Gelang Patah.

Empat beranak itu ditahan anggota trafik bukan untuk disaman atau mereka menyalahi undang-undang jalan raya tetapi dipelawa menumpang menaiki kenderaan unit peronda.

Iklan

Bantuan tidak diduga yang dihulurkan anggota trafik itu mendapat pujian dari netizen yang rata-rata bersimpati terhadap keluarga itu.

Kata Wulan Walid, kini PDRM sentiasa mengutamakan masyarakat dalam segala perihal.

Iklan

"PDRM dengan rakyat berpisah tiada," katanya.

Bagi Lie Komando, dia turut berkongsi kisah pernah dibantu anggota trafik ketika ditimpa musibah.

"Terima kasih PDRM terutama unit trafik, saya pun pernah menerima pertolongan dari anggota trafik, saya doakan semua anggota trafik sentiasa selamat dalam menjalani tugas dan dirahmati ALLAH," katanya.

Fiszul Zulfis juga memberitahu,"terbaik anggota ini, ALLAH balas kebaikan kamu, InsyaALLAH".