Pensyarah kolej komuniti siapkan 4,000 PPE

Iklan
Khairul Anuar (tiga kiri) menyerahkan PPE kepada Jaafar ketika sesi penyerahan di Kolej Komuniti Sungai Petani hari ini.

SUNGAI PETANI - Lebih 100 sukarelawan membabitkan pensyarah, kakitangan kolej komuniti dan badan bukan kerajaan (NGO) menghasilkan 4,000 peralatan perlindungan diri (PPE) untuk petugas barisan hadapan.

Pengarah Kolej Komuniti Sungai Petani, Ts Khairul Anuar Ishak berkata, antara pensyarah dan kakitangan kolej komuniti terlibat ialah Kolej Komuniti Sungai Petani, Kolej Komuniti Baling, Kolej Komuniti Jerai, Kolej Komuniti Arau dan Kolej Komuniti Bayan Baru.

Iklan
Iklan

"Kami mula menjahit peralatan itu pada April lepas di Kolej Komuniti Sungai Petani dan ada sebilangan kecil dibawa pulang oleh ahli NGO untuk disiapkan," katanya selepas penyerahan PPE fasa kedua hari ini.

Hadir sama Pengarah Kolej Komuniti Baling, Sobah Abdul Hamid; Pengarah Kolej Komuniti Arau, Zainudin Yahya; Pengarah Kolej Komuniti Jerai, Azrul Hisham Shuid dan Pengerusi Persatuan Sayang Sungai Petani, Datuk Jaafar Mohamad.

Iklan

Sementara itu, Sobah berkata, projek berkenaan pada mulanya bertujuan memenuhi permintaan Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia.

"Bagaimanapun, kami menerima pelawaan Persatuan Sayang Sungai Petani untuk meneruskan projek menyediakan PPE dan sumbangan material daripada Yayasan Hasani.

Iklan

"Disebabkan permintaan tinggi, pensyarah dan kakitangan Kolej Komuniti Jerai dan Kolej Komuniti Arau turut membuka bengkel jahitan di kolej masing-masing untuk tujuan sama,"katanya.

Katanya, pengorbanan itu membuktikan warga kolej komuniti dan sukarelawan berganding bahu membantu petugas barisan hadapan supaya negara pulih daripada wabak koronavirus (Covid-19).

"Kerjasama yang terjalin mampu mengeratkan hubungan pelbagai pihak dan bersedia bekerjasama jika khidmat dan bantuan diperlukan pada masa depan," katanya.