Syed Saddiq disiasat SPRM

Iklan
Gambar kecil: Syed Saddiq

KUALA LUMPUR - Siasatan berhubung kes rasuah sedang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Difahamkan, kertas siasatan telah dibuka susulan kejadian pecah masuk kediaman bekas Menteri Belia dan Sukan di Petaling Jaya, 29 Mac lalu yang mengakibatkan kehilangan wang tunai ratusan ribu ringgit.

[ARTIKEL BERKAITAN] - RM200,000 dalam peti besi rumah bekas menteri lesap

Iklan
Iklan

Menurut sumber, Syed Saddiq telah dipanggil untuk proses merekod keterangan.

"Bekas menteri itu dipanggil ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa pertama lalu.

Iklan

"Bagaimanapun, SPRM tidak mahu ulas lanjut berhubung dakwaan sebuah portal berita yang mahu Syed Saddiq mengisytiharkan aset dan harta," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN] - Duit hilang RM250,000 bukan milik Bersatu: Syed Saddiq

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan siasatan kes terbabit.

Iklan

"Ya, saya sahkan SPRM sedang menjalankan siasatan," katanya ringkas ketika dihubungi.

Terdahulu, sebuah portal berita melaporkan SPRM dipercayai meminta Syed Saddiq yang juga merupakan Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu untuk mengisytiharkan aset dan harta bagi membantu siasatan.