'Tiada salam, ciuman ketika beraya'

Iklan
Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA - Tiada salam dan ciuman lazimnya yang menjadi amalan ketika perayaan Aidilfitri bagi menjaga jarak sosial selamat untuk mengelakkan jangkitan koronavirus (Covid-19).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penjarakan sosial merupakan salah satu garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Iklan
Iklan

"Tiada salam-salam, cium-cium, jaga jarak selamat dan gunakan cecair pembasmi kuman," katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Sementara itu menurutnya, cadangan 20 orang beraya di sesebuah rumah adalah melibatkan kumpulan ahli anggota keluarga termasuk anak dan cucu.

Iklan

Menurutnya, nombor berkenaan adalah relatif berdasarkan keluasan sesebuah rumah.

"Jika 20 orang di sebuah pangsapuri, ia adalah sesak dan dikira telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) KKM.

Iklan

Beliau berkata, penjarakan sosial perlu dipastikan bagi melindungi golongan berisiko terutamanya warga emas.

Katanya, kementerian juga tidak membenarkan adanya kunjungan pelawat di setiap rumah.

"Apa yang penting, dalam tempoh masa tersebut adalah penjarakan sebagaimana Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin katakan," katanya.

Semalam, Muhyiddin dalam perutusan khasnya berkata, kerajaan memberi kelonggaran dengan membenarkan aktiviti ziarah bersama jiran terdekat dengan had maksimum 20 orang pada satu-satu masa.