Covid-19: Jumlah kes, kematian meningkat di Indonesia

Iklan
Sebanyak 18 lagi kematian berlaku dalam tempoh 24 jam.

JAKARTA - Bilangan kes positif koronavirus (Covid-19) di Indonesia terus meningkat kepada 14,265 kes dengan jumlah kematian kini sebanyak 991 orang.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto berkata, sebanyak 18 lagi kematian berlaku dalam tempoh 24 jam.

Iklan
Iklan

"Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, tambahan kes positif baharu ialah sebanyak 233 kes, menjadikan kes positif kini meningkat kepada 14,265 kes," katanya.

Provinsi Jakarta masih mencatatkan kes kematian tertinggi iaitu 441 kes, diikuti Jawa Timur (149), Jawa Tengah (95) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. - Bernama

Iklan
Iklan