Tiga 'guard' disiasat bantu kes peti besi lesap
Iklan
Tiga pengawal keselamatan direman bagi membantu siasatan kehilangan barang kemas bernilai RM500,000.
SUNGAI PETANI - Tiga pengawal keselamatan di sebuah pasar raya, di sini disiasat berhubung kehilangan peti besi mengandungi wang dan barang kemas bernilai RM500,000, semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, kejadian disedari oleh pekerja bertugas ketika mahu memulakan perniagaan di kiosk menjual emas di pasar raya berkenaan kira-kira jam 10 pagi dengan mendapati keadaan dalam kiosk berselerak serta peti besi yang disimpan telah hilang.
Iklan
Iklan
"Setelah pemeriksaan dibuat, mendapati satu peti besi mengandungi wang tunai dan barang kemas seperti rantai leher, rantai tangan dan kaki, cincin, subang dan loket bernilai anggaran RM500,000 telah hilang," kata Adzli.
Difahamkan, perniagaan kiosk barang kemas di tingkat satu pasar raya itu baharu sahaja beroperasi semula pada 6 Mei lalu susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Iklan
Kiosk menjual emas di tingkat satu sebuah pasaraya disedari dipecah masuk semalam.
Menurutnya, semakan melalui rakaman kamera litar tertutup berhampiran mendapati, lima lelaki dilihat telah membawa keluar peti besi dari kiosk berkenaan dengan menggunakan troli pengangkat barang.
"Terdapat tiga orang pengawal keselamatan bertugas di pasar raya terbabit bermula jam 10 malam hingga 7 pagi,"kata beliau.
Iklan
Menurut Adzli lagi, ketiga-tiga pengawal keselamatan berusia dari 30 hingga 51 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan mereka direman lima hari sehingga 15 Mei ini.
Dalam pada itu, semakan mendapati, salah seorang daripada mereka mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam