Tetap jaga kebajikan 300 kakitangan

Iklan
Laili (kiri) turut membantu pekerjanya menyusun barangan sebelum diagihkan kepada kakitangannya.

KOTA BHARU - Biarpun tidak dapat bertugas seperti biasa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini namun syarikat pengangkutan, Kumpulan Perdana tidak pernah melupakan kebajikan kakitangannya apatah lagi di bulan Ramadan ini.

Pengarah Urusannya, Laili Ismail berkata, rata-rata kakitangannya bergantung sepenuhnya gaji sebagai pekerja di syarikat Ekspres Perdana, Lienadia Express dan Darul Iman Express.

Iklan
Iklan

Menurutnya, bagi mengurangkan beban 300 kakitangannya, syarikat berkenaan memperuntukkan sebanyak RM30,000 dalam bentuk makanan dan berharap ia dapat membantu mereka yang selama ini berusaha keras menaikkan nama syarikat.

"Walaupun kewangan syarikat turut terjejas teruk, pihak pengurusan prihatin akan kesulitan yang dihadapi sepanjang PKP.

Iklan

"Kami mengambil inisiatif membantu kakitangan dalam bulan Ramadan dengan menyediakan barangan keperluan setakat yang termampu untuk sama-sama meringankan beban,” katanya kepada Sinar Harian di sini kelmarin.

Sementara itu, pemandu bas, Mohd Saiful Che Hat, 33, berkata, sumbangan diberikan itu sangat bermakna buatnya yang tidak dapat bekerja seperti biasa.

Iklan

"Bila tidak dapat gaji memanglah ia amat terasa buat kami tetapi dengan bantuan dihulurkan majikan, ia seperti sinar keberkatan Ramadan untuk kami,” katanya.

Bagi seorang lagi pekerja, Syed Muhamad Faris Syed Husain, 55, dia berasa bertuah kerana pengurusan syarikat tidak pernah mengabaikan kebajikan kakitangannya.

"Terima kasih kerana memahami keadaan pekerja di bawah. Inilah yang kami mahukan, sentiasa peka dengan nasib pekerja,” katanya yang berkhidmat selama 11 tahun sejak syarikat itu mula beroperasi.

Laili (kiri) menyampaikan sumbangan kepada Mohd Saiful di Kota Bharu kelmarin.