SUNGAI PETANI - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sidam, Dr Robert Ling Kui Ee dan ADUN Lunas, Azman Nasrudin mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menjadi ADUN Bebas dan menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Tindakan itu membolehkan kerajaan Kedah yang diterajui Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hilang majoriti apabila dua ADUN terbabit keluar dari PH dan menyokong Perikatan Nasional.