KADA terima 24,000 tan padi

Iklan
Nik Roslan (empat dari kanan) mengiringi Che Abdullah (kiri) yang hadir sempena lawatan kerja ke PPK Sri Gunong semalam.

BACHOK - Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) menerima 24,000 tan padi bernilai RM28 juta sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu.

Pengurus Besar KADA, Nik Roslan Idris berkata, kesemua padi diterima daripada 3,000 petani yang menjual hasil mereka ke empat pusat pengumpulan dan belian padi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di negeri ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, keempat-empat pusat berkenaan di bawah seliaan KADA adalah di Sri Gunong, Sungai Ketereh, Tanjung Puri dan Pasir Mas.

"Kewujudan pusat ini sejak 2014 membantu para petani menjual padi mereka selain mengelak berlaku lambakan dan urusan jual beli padi ketika PKP berjalan lancar tanpa sebarang masalah,” katanya kepada Sinar Harian di PPK Sri Gunong di sini semalam.

Iklan

Sebelum itu, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi mengadakan lawatan kerja ke tiga PPK di Puteri Saadong, Binjai dan Sri Gunong serta turut menyampaikan kit bantuan makanan kepada 200 petani.

Nik Roslan berkata, ketika peringkat awal PKP, berlaku kekurangan bekalan beras namun pihak Kawal Selia Padi dan Beras bertindak pantas mengehadkan pengeluaran padi keluar dari Kelantan sehingga masalah tersebut dapat diatasi sebaiknya.

Iklan

"Pihak KADA juga menyumbang 79 peratus padi melebihi keperluan sejumlah 1.79 juta rakyat di Kelantan.

"Tempoh pelaksanaan PKP tidak menjadi masalah kerana aktiviti berkaitan dengan pertanian dibenarkan dan dikategorikan sebagai perkhidmatan perlu, jadi petani tidak ada masalah menjual padi mereka,” katanya.