Komtar bercahaya merah tanda hargai pengorbanan jururawat

Iklan
Bangunan Komtar dilimpahi cahaya berwarna merah.

GEORGETOWN - Bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) yang menjadi mercu tanda Pulau Pinang dilimpahi cahaya lampu berwarna merah sebagai tanda penghargaan kepada semua barisan jururawat di negara ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, nyalaan lampu merah itu sebagai tanda terima kasih atas pengorbanan dicurahkan jururawat kepada masyarakat terutamanya ketika dunia sedang melawan penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Iklan
Iklan

Menurutnya, cahaya lampu merah bergemerlapan di bangunan berkenaan bermula jam 8 malam hingga 12 tengah malam semalam dan hari ini yang pastinya memberi kelainan pada bangunan ikonik negeri itu.

"Kita memilih warna merah kerana ia menandakan penghargaan tertinggi rakyat Pulau Pinang kepada semua jururawat dan pekerja perubatan selain melambangkan keberanian barisan hadapan perubatan dalam usaha menyelamatkan negara daripada ancaman wabak secara keseluruhan.

Iklan
Iklan

"Ia juga menandakan kesungguhan pemimpin dan rakyat Pulau Pinang dalam melawan pandemik Covid-19 selain warna merah juga adalah warna riben yang dipilih untuk sambutan Hari Jururawat Sedunia 2020," katanya.