Pencarian kanak-kanak perempuan dikhuatiri lemas diteruskan

Iklan
Anggota bomba meneruskan operasi mencari dan menyelamat kanak-kanak perempuan yang dipercayai lemas dekat Kampung Parit Bugis, Panchor, Muar hari ini.

MUAR - Usaha mencari dan menyelamat seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang dilaporkan hilang akibat arus deras dekat Kampung Parit Bugis, Panchor, di sini Ahad lalu diteruskan.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I Hairulnizam Redzuan berkata, seramai 19 orang anggota BBP Pagoh, Muar dan Segamat serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan polis terlibat dalam operasi terbabit.

Iklan
Iklan
Anggota bomba meneruskan operasi mencari dan menyelamat kanak-kanak perempuan yang dipercayai lemas

Hairulnizam berkata, pencarian dilakukan sejauh 1.5 kilometer dari lokasi mangsa terjatuh sehingga ke Kuala Sungai Besar.

ARTIKEL BERKAITAN: Budak perempuan dikhuatiri lemas jatuh parit

Iklan

"Dalam masa sama, pencarian turut dilakukan di sekitar laluan air, tebing sungai, semak samun dan belukar di sekitar Parit Bugis," katanya.

Dalam kejadian Ahad lalu, kanak-kanak perempuan tersebut, S Priaangka, 10, dilaporkan terjatuh ke dalam parit di Kampung Parit Bugis, Panchor berkenaan sebelum hilang dalam kejadian jam 6.22 petang.

Iklan