PUTRAJAYA - Mana-mana pihak yang mengkritik tindakan kerajaan membanteras pendatang asing tanpa izin (PATI) di Malaysia diminta untuk melihat peruntukan undang-undang berkaitan kesalahan memasuki sesebuah negara tanpa dokumen sah.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, negara ini mempunyai undang-undang jelas berkaitan perkara tersebut dan pihak berkuasa mengambil tindakan berdasarkan undang-undang yang ada.