Anak babi hutan pupus 800 tahun dilahirkan semula

Iklan
Tory bersama anak-anak di pusat perlindungan haiwan Donegal. - The Irish Post

DONEGAL - Spesies anak babi hutan pertama dilahirkan di Ireland setelah dipercayai pupus di kepulauan itu sejak 800 tahun.

Perkara tersebut disahkan Pusat Perlindungan haiwan liar Ireland di Semenanjung Inishowen, Killian McLaughlin, lapor The Irish Post.

Iklan
Iklan

McLaughlin yang mengkaji haiwan liar ini berkata, sebanyak enam ekor anak babi hutan telah selamat dilahirkan pada 23 April lalu di pusat perlindungan haiwan Donegal.

Pada Oktober 2019, beliau menubuhkan pusat tersebut dengan niat untuk memperkenalkan semula spesies haiwan lain yang telah pupus, termasuk spesies babi hutan itu yang dipercayai telah dibunuh pada abad ke-12.

Iklan

McLaughlin berkongsi video ibu babi hutan bernama Tory bersama anak-anak di laman sosial.

Anak babi hutan dilahirkan di pusat perlindungan haiwan Donegal. - Foto The Irish Post

"Babi hutan ini sihat dan melahirkan anak yang comel. Tory telah diambil di zoo England.

Iklan

"Kami sangat gembira untuk menyambut enam anak babi hutan yang membawa kegembiraan keluarga hidupan liar di sini.

"Berita baik untuk menaikkan semangat semua orang!" katanya.

Selain babi hutan, pusat perlindungan itu juga menempatkan beberapa haiwan lain seperti beruang, serigala, rusa, rubah, angsa, itik dan pihak tersebut turut berhasrat membawa serigala.