Tiga suspek kes bunuh budak 6 tahun direman

Iklan
Noor Azmi Yusoff

AMPANG - Tiga suspek yang ditahan berhubung kes bunuh kanak-kanak perempuan warga asing berusia enam tahun di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Memanda 3 di sini semalam direman tujuh hari.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff berkata, reman ketiga-tiga suspek iaitu ayah tiri, ibu serta nenek mangsa bermula hari ini sehingga Isnin depan.

Iklan
Iklan

"Setakat ini kita merampas batang mop untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Kanak-kanak dibunuh kerana enggan makan

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan mayat kanak-kanak perempuan yang juga adalah pemegang kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) itu ditemui di hadapan kedai makan sebuah pusat beli-belah berkenaan kira-kira jam 9.50 pagi.

Iklan

Mayat kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan terbaring dan masih berpakaian lengkap. Pemeriksaan badan mangsa mendapati terdapat kesan lebam di beberapa bahagian anggota badan termasuk lengan dan badan.

Susulan itu, berdasarkan maklumat yang diterima, selang 30 minit kemudian, polis berjaya menahan tiga individu iaitu bapa tiri mangsa serta dua wanita yang juga pemegang kad UNHCR di sebuah hotel di Jalan Memanda 5, Ampang Point.

Siasatan awal mendapati mangsa telah dipukul dengan ayah tirinya menggunakan objek keras dan tumpul dipercayai kerana mangsa enggan untuk makan.