PH Melaka failkan saman cabar kedudukan Ab Rauf

Iklan
Pakatan Harapan

MELAKA TENGAH - Pakatan Harapan (PH) Melaka akan memfailkan saman pemula bagi mencabar kedudukan Pengerusi UMNO negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang baharu.

Iklan
Iklan

Pengerusi, Adly Zahari berkata, saman pemula itu juga mempersoalkan pelantikan Timbalan Speaker yang kini disandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim, Datuk Ghazale Muhamad.

Menurutnya, pelantikan kedua-dua individu itu tidak wajar selepas Sidang DUN semalam ditangguhkan oleh Speaker, Datuk Omar Jaafar susulan kekecohan yang berlaku sebelum wakil rakyat PH keluar meninggalkan dewan.

Iklan

"Sebanyak enam usul pernah dihantar oleh Ketua Menteri, Sulaiman Md Ali yang juga ADUN Lendu, namun empat ditolak oleh Speaker pada 6 Mac lalu termasuklah usul menggantikan Speaker dan Timbalan Speaker.

"Namun semalam, telah berlaku kekecohan dalam Persidangan DUN kali ini sehingga Speaker, Datuk Omar telah mengambil langkah sewajarnya dengan menangguhkan mesyuarat pada suatu persidangan yang akan ditetapkan kelak," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN] - Ab Rauf Speaker DUN Melaka baharu

Iklan

Adly yang juga ADUN Bukit Katil berkata, bagaimanapun Perikatan Nasional dimaklumkan telah meneruskan persidangan itu sekali gus tindakan berkenaan didakwa telah mencabar peraturan DUN dan kuasa yang ada pada Speaker.

Menurutnya, speaker adalah ketua pegawai dalam DUN dan hendaklah mempunyai keutamaan daripada semua ahli yang lain dalam Dewan mengikut Aturan Mesyuarat 2(4).

Adly Zahari

"Mereka juga telah melantik Speaker yang baharu serta telah meluluskan usul berkaitan pelantikan Ahli Dewan Negara, Senator dan segala urusan mesyuarat termasuk pelantikan Speaker dan Senator yang dibuat semalam adalah tidak sah selepas Sidang DUN ditangguhkan oleh Speaker, Datuk Omar yang sah," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN] - Pelantikan speaker baharu ikut peraturan

Menurut bekas Ketua Menteri itu, kenyataan Sulaiman ketika sidang akhbar semalam yang menafikan Speaker yang sah sebelum ini telah beberapa kali meminta untuk bertemu dengannya bagi membincangkan perkara berkaitan kedudukan Speaker dianggap penafian yang tidak benar dan tidak tepat.

Pada masa sama katanya, PH Melaka turut menolak kenyataan daripada Ketua Menteri berhubung penangguhan di bawah Peraturan Mesyuarat 17(5)(a) adalah tidak tepat ekoran peraturan tersebut perlulah dibaca bersama Peraturan-peraturan Mesyuarat 17(5), 17(2),34(8) dan 36 serta perlu melihat keseluruhan suasana dewan.

"Setelah mengadakan perbincangan yang tuntas bersama pasukan peguam, PH Melaka melalui Speaker dan Timbalan Speaker akan memfailkan saman pemula untuk mencabar keabsahan kedudukan individu yang telah dilantik sebagai Speaker dan ADUN Rim sebagai Timbalan Speaker.

"Kami kecewa, sepatutnya Sidang DUN kali ini harus membincangkan pelan tindakan kesan daripada Covid-19 kepada ekonomi dan sosial negeri, rakyat perlu diutamakan berbanding agenda peribadi kelompok tertentu," katanya.