Dua ADUN Bebas sokong Perikatan Nasional
Iklan
Robert (kanan) dan Azman.
SUNGAI PETANI - Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan keluar parti dan menyertai Bebas hari ini menyifatkan mereka mengambil pendekatan 'mesra' kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan menyokong Perikatan Nasional.
Perkara itu diumumkan dua ADUN terbabit, Dr Robert Ling Kui Ee (Sidam) dan Azman Nasrudin (Lunas) yang juga merupakan Exco kerajaan negeri Kedah.
Iklan
Iklan
Robert berkata, susulan tindakan keluar parti, beliau meletakkan jawatan sebagai Ketua Cabang PKR Sungai Petani selain tindakan itu diikuti dua pertiga jawatankuasa cabang dan sayap AMK Sungai Petani, yang bertindak keluar PKR.
"Tindakan ini dilakukan atas dasar hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti yang diambil alih Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak 2018.
Iklan
"Parti telah dipecahbelahkan di mana sebahagian pemimpin termasuk Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin dipecat sehingga memberi kesan, ramai ahli meninggalkan parti.
"Seterusnya, ahli digantung keahlian dengan alasan kononnya membersihkan anasir pengkhianat," katanya pada sidang akhbar khas di Pusat Khidmat ADUN Sidam hari ini.
Iklan
ARTIKEL BERKAITAN: Dua ADUN PKR keluar parti
Menurut Robert Ling, tindakan menggantung Timbalan Ketua Cabang Sungai Petani, Firdaus Yusoff dan beberapa ahli jawatankuasanya, seolah-olah mencabar beliau dan rakan lain yang selama ini setia dengan parti.
Sementara itu, Azman berkata, keputusan keluar parti telah mendapat persetujuan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Mohamed Azmin melalui perbincangan bersama sebelum ini.
Dari kiri bekas ADUN Bukit Selambau, Dr R Krishnamoorthy, Azman, Robert dan Firdaus ketika mengadakan sidang media khas hari ini.
Menurutnya, tindakan keluar parti juga akan membabitkan ahli di keseluruhan 15 cabang PKR di Kedah di mana pengumuman akan dibuat tidak lama lagi.
"Kita akan umumkan secara besar-besaran tindakan keluar parti di Kedah dalam masa terdekat," katanya.
Beliau menjelaskan, matlamat perjuangan PKR yang selama ini memperjuangkan rakyat dilihat tidak menjadi agenda utama apabila ia berubah kepada perjuangan individu untuk menjadi Perdana Menteri.
"Apa yang sering diulang hanya menumpukan kepada tarikh peralihan kuasa Perdana Menteri biarpun rakyat berdepan masalah ekonomi dan kegawatan," katanya.
Berikutan sokongan dua ADUN Bebas itu yang memihak kepada Perikatan Nasional, secara automatiknya, kerajaan Kedah yang diterajui gabungan Pakatan Harapan dan Bersatu menerusi kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hilang majoriti.
Kerajaan Kedah baharu dijangka bakal dibentuk dalam masa terdekat.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam