BEKAS juara dunia Formula Satu (F1), Sebastian Vettel bakal meninggalkan Ferrari pada penghujung tahun ini selepas perbincangan lanjutan kontrak antara kedua-dua belah pihak menemui jalan buntu.
Prinsipal Ferrari, Mattia Binotto berkata, keputusan itu dibuat secara bersama dan disifatkan sebagai 'bukan mudah' dengan mengambil kira status Vettel sebagai seorang pemandu yang hebat.