Adab memberi salam

Iklan
adab

Terdapat sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim di dalam kitab Sahih mereka. Daripada Abi Hurairah RA, beliau berkata:"Diucapkan salam daripada orang yang menunggang ke atas orang yang berjalan, orang yang berjalan ke atas orang yang duduk dan orang yang sedikit ke atas orang yang ramai”. [Riwayat al-Bukhari (6232)(6233) Dan Riwayat Muslim (2160)]

Hadis ini menunjukkan akan hikmah kepada siapa yang perlu untuk memulakan salam. Memberi salam itu merupakan satu tuntutan di dalam agama kerana ia akan mengeratkan lagi pertalian kasih dan sayang sesama Islam.

Iklan
Iklan

Perintah Menyebarkan Salam

Antara hadis Nabi SAW yang menceritakan akan kelebihan"Salam” serta perintah menyebarkannya adalah: Daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash RA berkata:"Seorang lelaki telah bertanya Rasulullah SAW: Islam manakah yang paling baik? Nabi SAW bersabda:"Kamu memberi makan, mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal”. [Riwayat al-Bukhari (11), (27), (5767) Dan Riwayat Muslim (56)]

Iklan

Fiqh Menjawab Salam

Ini adalah adab ketika memberi salam: Memulakan salam adalah sunnah dan menjawabnya adalah wajib. Jika seorang Muslim itu berada dalam kumpulan, maka menjadi sunnah kifayah pada hak mereka apabila sebahagian daripada mereka sahaja yang mengucapkan salam dan mereka memperoleh sunnah salam itu bagi kesemua mereka. Sekiranya bersendiri, menjadi fardhu ain ke atasnya untuk menjawab. Jika mereka di dalam Jemaah maka menjawab salam itu menjadi fardhu kifayah pada hak mereka kerana jika seorang daripada mereka menjawab maka gugurlah dosa terhadapa yang lain. Akan tetapi, yang afdhal adalah kesemuanya memberi salam dan kesemuanya juga menjawabnya. [Lihat: al-Minhaj, 140/14]

Iklan