Lelaki ditemukan rentung dalam tokong

Iklan
Operasi pemadaman melibatkan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Tawar, Sitiawan dan Pasukan Bomba Sukarela Ayer Tawar menemukan mayat seorang lelaki di Ayer Tawar hari ini. - Foto ihsan Bomba Perak

MANJUNG - Seorang lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah tokong di Jalan Melayu, Ayer Tawar di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 3.30 pagi itu, mangsa berusia 48 tahun dijumpai oleh pasukan bomba di ruangan tengah tokong terbabit ketika operasi pemadaman dijalankan.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, mangsa yang bekerja sebagai pengutip besi tinggal bersama adik lelakinya berusia 47 tahun di tokong terbabit.

"Ketika kejadian kedua-duanya sedang tidur, namun adiknya sempat menyelamatkan diri manakala mangsa pula terperangkap di dalam.

Iklan

"Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak bomba dan mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Seri Manjung (HSM) untuk bedah siasat,” katanya.

Nor Omar Sappi

Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Iklan

Sementara itu, Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, operasi pemadaman melibatkan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Tawar, Sitiawan dan Pasukan Bomba Sukarela Ayer Tawar.

"Kebakaran itu telah memusnahkan 50 peratus tokong terbabit.

"Mangsa dijumpai di ruangan tengah tokong dalam keadaan rentung pada jam 6.49 pagi,” katanya.