PSP: Perkeso tiada sebarang kerjasama dengan MyEG

Iklan
Perkeso menegaskan agensi itu tidak menjalinkan sebarang bentuk kerjasama dengan MyEG bagi pelaksanaan Program Saringan Prihatin (PSP).

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menegaskan agensi itu tidak menjalinkan sebarang bentuk kerjasama dengan MY EG Services Berhad (MyEG) bagi pelaksanaan Program Saringan Prihatin (PSP) Perkeso.

Perkeso dalam satu kenyataan berkata, pendaftaran bagi saringan itu hanya boleh dibuat melalui Portal PSP Perkeso.

Iklan
Iklan

"Ia boleh dibuat menerusi pautan https://prihatin.perkeso.gov.my. Syarat dan prosedur saringan dipaparkan di laman sesawang Perkeso dan juga media sosial rasmi kami.

"Ujian saringan Covid-19 ini disediakan secara percuma kepada pekerja dan majikan yang berdaftar dengan Perkeso," katanya hari ini.

Iklan

Semalam, media melaporkan bahawa MyEG akan menawarkan portal sehenti yang mudah bagi majikan di Malaysia untuk menguruskan keperluan berkaitan saringan koronavirus (Covid-19) untuk tenaga kerja mereka.

Laporan tersebut turut menyebut, MyEG bekerjasama dengan panel klinik berdaftar Perkeso bagi mengatur saringan yang dijalankan di tapak dan di premis majikan oleh pengamal perubatan yang terlatih untuk mematuhi sepenuhnya garis panduan Kementerian Kesihatan.

Iklan

Mengulas lanjut, Perkeso berkata, orang ramai yang ingin mendapatkan penerangan dan penjelasan terperinci boleh menghubungi pihaknya.

"Untuk sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi 1-300-22-8000, 03-4264 5555, 03-8091 5100 atau e-mel ke perkeso@perkeso.gov.my," katanya.