MU pernah kecewa kerana Ronaldinho

Iklan
Ronaldinho

BEKAS pemain Manchester United, Paul Scholes mendedahkan The Red Devils pernah kecewa dengan tindakan Ronaldinho yang tidak sudi beraksi bersama kelab itu.

Menurut Scholes, Ronaldinho hampir menyertai United pada 2003 namun menukar fikiran di saat akhir dan memilih untuk menyertai kelab gergasi Sepanyol, Barcelona.

Iklan
Iklan

"Ronaldinho menjadi salah seorang pemain yang gagal dibawa oleh Alex Ferguson. Semua pemain United kecewa ketika itu.

"Ada beberapa pemain lain juga yang gagal dibawa oleh Ferguson seperti Harry Kewell, Damien Duff dan Arjen Robben namun ia tidak meninggalkan kesan ketara kepada pasukan.

Iklan

"Tetapi bagi saya, yang paling terasa adalah tidak mendapatkan Ronaldinho. Saya tidak ingat tahun berapa tetapi saya betul-betul fikir United akan berjaya dapatkannya," katanya.

Ronaldinho pada ketika itu mewakili Paris Saint Germain (PSG) dan ingin berpindah dari kelab Perancis itu selepas gagal melayakkan diri ke saingan di peringkat Eropah.

Iklan

United menjadi salah satu kelab yang memburu khidmat pemain Brazil itu termasuk Arsenal dan Barcelona.

Scholes turut mendedahkan United sudah bersedia dengan nombor jersi untuk diberikan kepada Ronaldinho, namun dia memilih untuk menyertai Barcelona.

"Kami sedang mengharungi perlawanan pra musim dan berfikir pasukan akan mengumumkan kehadirannya bersama kelab. Tetapi, dia akhirnya mengubah fikiran dan menandatangani kontrak dengan Barcelona.

"Kami mengharapkan dia datang dan memberikan sesuatu seperti yang dibawa Eric Cantona ke dalam pasukan. Beberapa hari selepas itu kami menentangnya dan berusaha untuk menewaskannya kerana dia tidak menyertai kami," katanya.