ALOR SETAR - Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kedah memberikan sokongan kepada penubuhan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) selepas hilang kepercayaan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
ADUN Kuah yang juga Exco Kerajaan Negeri, Firdaus Ahmad menegaskan beliau berpendirian untuk menyokong Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Bersatu.
Menurutnya, tidak timbul soal lompat parti dalam hal ini kerana mahu sehaluan dan mengikut kepimpinan di peringkat pusat.