'PH akan dihukum pengundi Melayu pada PRU15'

Iklan

MARANG – Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menjangkakan Pakatan Harapan (PH) akan dihukum pengundi Melayu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Naib Ketua Armada Marang, Alif Rafiee berkata, hukuman itu sebagai ‘backfired’ kepada langkah gopoh PH yang ingin mengusulkan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Parlimen.

Iklan
Iklan

"Walaupun dilihat tenang dan tidak terlalu memberi perhatian pada politik nasional, tapi saya percaya jika PH meneruskan agenda mereka itu, hampir separuh MP (ahli Parlimen) PH akan terkubur karier politiknya dihukum orang Melayu,” katanya.

Menurut Alif, politik negara dikejutkan dengan kerajaan negeri Kedah pimpinan PH tumbang selepas enam wakil rakyat menyuarakan sokongan kepada gabungan Perikatan Nasional, namun reaksi pengundi Melayu seolah-olah tidak terkesan dengan isu berkenaan.

Iklan

Beliau berkata, membesar sebagai anak orang kuat UMNO di kampung dan kini menjadi ahli Bersatu, dia melihat corak penerimaan serta pemahaman pengundi Melayu di luar bandar tidak banyak berubah sejak 20 hingga 30 tahun dulu.

"Jika di bandar besar politik itu dilihat sebagai obor idealisme sebaliknya di kampung majoriti Melayu politik itu adalah tempat bergantung dan mengadu nasib mereka. Maka pada saya ahli politik yang majoriti kawasannya kawasan luar bandar adalah lebih sukar tugasnya.

Iklan

"Bagi sesetengah orang Melayu, ahli politik adalah tempat mereka bergantung harap jika sudah kehabisan beras di rumah dan pendapatan menoreh tak seberapa.

"Namun episod kegopohan kerajaan PH sebelum ini yang seolah menghina kumpulan itu membuatkan rakyat tidak kisah apabila kerajaan PH jatuh ke Perikatan Nasional. PH terlalu gopoh sehingga dilihat kerajaan lawak oleh rakyat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Alif, di saat rakyat hilang pekerjaan dan sumber mata pencarian kerajaan Perikatan Nasional dilihat penyelamat yang membantu sedikit sebanyak orang orang Melayu yang putus punca pendapatan di kampung.

"Oleh itu, langkah gopoh PH yang ingin mengusulkan undi tidak percaya di Parlimen pada saya akan ‘backfired’ dengan dihukum oleh pengundi Melayu pada PRU akan datang,” katanya.