KUALA LUMPUR - Arab Saudi pada semalam mengumumkan perintah berkurung 24 jam di seluruh negara akan dilaksana bermula 23 hingga 27 Mei sempena Aidilfitri, lapor agensi berita Arab Saudi (SPA).
Kementerian Dalam Negeri menggesa semua pihak mematuhi sepenuhnya arahan terbaharu itu untuk mencegah penularan koronavirus (Covid-19) termasuk terus mengamalkan langkah menjaga jarak sosial dan tidak berhimpun melebihi lima orang atau lebih.