Penjarakan sosial perlu berlaku dalam premis perniagaan

Iklan
Tular gambar sebuah premis mengadakan jualan murah dan kebimbangan kehadiran ramai pengunjung yang menyebabkan tiada kawalan atau pematuhan terhadap SOP PKPB. - Gambar hiasan.

PUTRAJAYA - Penjarakan sosial bukan sahaja berlaku sewaktu beratur tetapi perlu berlaku di dalam premis perniagaan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan menyebabkan premis tersebut tidak dibenarkan beroperasi.

Iklan
Iklan

"Nasihat saya kepada pelanggan, mereka perlu amalkan penjarakan sosial demi kepentingan kesihatan dan apabila kita benarkan premis perniagaan dibuka, ia bersyarat. Kita akan arahkan pengusaha atau pemilik ini menutup premis mereka jika melanggar SOP

"Kita keluarkan SOP supaya keadaan kedai atau premis perniagaan dikawal daripada kemasukan pelanggan dalam jumlah yang besar kerana mahu penjarakan sosial berlaku," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian pada Sidang Media (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata demikian sebagai mengulas berkaitan premis mengadakan jualan murah dan kebimbangan kehadiran ramai pengunjung yang menyebabkan tiada kawalan atau pematuhan terhadap SOP PKPB.

Iklan

Menurutnya, pasukan petugas khas pematuhan PKPB akan digerakkan lebih banyak ke kawasan beli belah dan premis yang mengadakan jualan murah.

"Ia bagi memastikan keadaan pengunjung terkawal dan memastikan pemilik premis mematuhi SOP yang ditetapkan," katanya.