Kaunter perkhidmatan jabatan kerajaan dibuka sepenuhnya

Iklan
Gambar hiasan

PUTRAJAYA - Kerajaan memutuskan semua pejabat kerajaan terutama kaunter perkhidmatan dibuka sepenuhnya.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara tersebut diputuskan dalam Mesyuarat Kabinet yang berlangsung pada hari ini.

Iklan
Iklan

"Kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mula beroperasi sepenuhnya hari ini dan diikuti jabatan kerajaan yang lain.

"Semua prosedur operasi standard yang ditetapkan kerajaan hendaklah dipatuhi sepenuhnya seperti melalukan saringan suhu badan, mengamalkan penjarakan sosial dan menyediakan pencuci tangan,” katanya pada sidang akhbar (Non-Health) di sini hari ini.

Iklan

Menurutrnya, selain itu pejabat yang terlibat juga perlu disanitasi terlebih dahulu sebelum beroperasi.

AKAN MENYUSUL

Iklan