Bawa usul tidak percaya dalam Sidang DUN: Mukhriz
Iklan
Mukhriz pada sidang media di Wisma Darul Aman hari ini.
ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mencadangkan agar pembangkang mengemukakan usul tidak percaya terhadapnya dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, sekiranya berhasrat untuk mengambil alih kuasa pemerintahan.
Menurut beliau, pengumuman menerusi sidang media kononnya kerajaan Kedah diterajuinya tumbang setelah Perikatan Nasional (PN) beroleh majoriti 23 sokongan adalah tidak relevan dan tidak mengikut Perlembagaan Undang- Undang Tubuh Negeri Kedah.
Iklan
Iklan
"Mesyuarat Exco memutuskan, bagi memastikan menteri besar masih mempunyai sokongan majoriti atau tidak, kami syorkan kaedah itu dilakukan melalui persidangan DUN," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kedah hari ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Hilang kepercayaan terhadap Mukhriz, PN ambil alih Kedah
Mukhriz berkata, syor berkenaan akan dikemukakan kepada Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah untuk pertimbangan dalam masa terdekat.
Iklan
"Tak benar dakwaan mengatakan kerajaan negeri sedia ada jatuh, masih ada beberapa proses perlu dilaksanakan termasuk yang melibatkan Tuanku. Selagi ia belum berlaku, kerajaan ini masih berfungsi seperti biasa, dan mesyuarat Exco boleh diadakan," katanya.
Mukhriz berkata, kedudukan politik Kedah masih terkawal sehingga hari ini, dan beliau masih sah sebagai menteri besar.
Iklan
"Terpulang kepada Tuanku Sultan untuk pertimbangkan kaedah yang diperkenankan. Bukan melalui pengumuman pembangkang, mereka perlu patuh perlembagaan.
"Saya percaya cara itu lebih terbuka. Sekiranya pembangkang berhasrat ambil alih kerajaan, bawa usul undi tidak percaya terhadap menteri besar atau kerajaan boleh bawa usul undi percaya," katanya.
Menurutnya, sekiranya pembangkang yakin dengan 23 majoriti, akan hilanglah majoriti sokongan terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) / Bersatu di Kedah.
"Tak semestinya tunggu sidang DUN akan datang, ia boleh dilakukan bila-bila masa dalam tempoh itu," katanya.
Mukhriz berkata, sekiranya kaedah itu diperkenankan Sultan Kedah, notis 14 hari akan dikeluarkan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk dipanggil bersidang.
"Ada banyak cara sebenarnya, melalui akuan berkanun (SD) dan mengadap Sultan, selain bawa usul ke DUN kerana ia boleh dilakukan.
"Kedua-dua pihak boleh berbahas hujah, termasuk mereka yang dulunya dari kerajaan untuk kemuka kenapa hilang kepercayaan, seterusnya dilakukan undian," katanya.
Menurutnya, SD bukan kayu pengukur jatuhnya sesebuah kerajaan kerana Sultan memainkan peranan lebih besar dalam menentukan pelantikan menteri besar.
Pada sidang media sama, Mukhriz turut mengesahkan tiga Exco yang menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional tidak hadiri mesyuarat, iaitu Azman Nasrudin, Mohd Firdaus Ahmad serta Halimaton Saadiah Saad.
"Kita tidak bercadang untuk pecat mereka mahupun digantikan dengan orang lain," katanya.
Mengulas perasaannya berhubung dirinya dikhianati, Mukhriz berkata, sebelum ini ia berlaku di peringkat Persekutuan dan kini merebak ke peringkat negeri.
"Apa perasaan bila kawan khianati kita? Mungkin tahun ini musim pengkhianatan dan kurang baik untuk negara. Apa perlu tindakan seperti ini dilakukan dalam kita berdepan Covid-19 dan Ramadan," soalnya.
Secara sinis, Mukhriz menempelak sikap Ketua Pembangkang, Muhammad Sanusi Md Nor yang mengumumkan kejatuhan kerajaan negeri semalam, dengan menyifatkan pembangkang gelojoh untuk merampas kuasa.
"Pembangkang mahu jatuhkan kerajaan, tapi mereka kata tak mahu gelojoh. Kenapa dalam tempoh ini dan perlu pula selesai sebelum 18 Mei, tiada kaitan Kedah dengan Parlimen bersidang," katanya.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam