Warga emas antara diberkas curi 36 ekor lembu

Iklan
Antara lembu yang berjaya ditemui semula susulan penahanan empat lelaki di sekitar Sungai Pelek, Sepang, Isnin lalu.

SEPANG - Kegiatan sekumpulan penjenayah termasuk seorang warga emas yang dipercayai mencuri 36 ekor lembu dianggarkan bernilai RM100,000 di Ladang Sungai Linau, di sini, Sabtu lalu, terbongkar selepas mereka berjaya diberkas polis.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kejadian itu disedari anak saudara kepada penternak lembu terbabit kira-kira jam 8.30 pagi ketika tiba di ladang berkenaan dan susulan itu, empat lelaki berusia lingkungan 19 hingga 63 tahun ditahan secara berasingan di sekitar Sungai Pelek, Sepang, pada Isnin.

Iklan
Iklan

"Tangkapan pertama kira-kira jam 6.30 petang membabitkan dua suspek dengan rampasan lapan ekor lembu manakala dua lagi suspek ditahan kira-kira jam 8.45 malam.

"Seterusnya, dengan dipandu arah oleh salah seorang suspek, 13 ekor lembu berjaya ditemui di sekitar kawasan Sungai Pelek," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Iklan

Wan Kamarul berkata, semakan mendapati tiada rekod jenayah lampau melibatkan suspek dan mereka direman sehingga Khamis dan lanjutan tempoh reman akan dipohon untuk tindakan susulan.

Tambahnya, siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti pembabitan suspek dalam kegiatan berkenaan. Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Iklan