SHAH ALAM - Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) mendedahkan pembabitan golongan pelajar yang diupah menjadi 'keldai' akaun.
Ketua JSJK Selangor, Asisten Komisioner Harjinder Kaur Gurdial Singh berkata, sindiket jenayah komersil seperti Macau Scam, Love Scam, Parcel Scam dan Pinjaman Tidak Wujud (PTW) ini dikesan akan mendapatkan seseorang untuk dijadikan mangsa.
Menurutnya, dengan syarat dan bayaran tertentu, keldai akaun ini akan diberi bayaran RM2,500 untuk satu akaun yang diberikannya.
"Lebih membimbangkan, pemilik akaun ini adalah di kalangan pelajar sekolah, kolej dan institut pengajian tinggi (IPT). Mereka ini akan diberikan komisen berdasarkan jumlah yang ditetapkan.
"Ini adalah implikasi besar dan satu kesalahan jenayah. Kita juga mengesan golongan pesara, penganggur dan penagih dadah yang turut terlibat sebagai keldai akaun," katanya kepada pemberita selepas Program Komuniti Pameran Jenayah Komersil di AEON Mall, di sini, hari ini.
Harjinder Kaur berkata, mangsa yang bersetuju dengan jumlah bayaran ini akan membuka akaun di bank tertentu sebelum menyerahkan kad ATM, kata kunci serta buku bank kepada agen sindiket ini.
Katanya, malah, apa yang dikesan pihaknya, terdapat keldai akaun ini sanggup membuka sehingga lima hingga 10 akaun semata-mata mahu mendapatkan komisen tersebut.
Mengulas sama ada pembabitan golongan pelajar ini akan meningkat pada masa hadapan, beliau tidak menolak kemungkinan.
"Antara faktor yang dikesan adalah masalah kewangan pelajar. Faktor ini menjadi sasaran kepada sindiket untuk mencari mangsa terdiri golongan pelajar," katanya.
Tegasnya, polis memandang serius terhadap mana-mana individu yang terlibat menggadai akaun mereka untuk mencari wang dengan jalan mudah. Tindakan akan dikenakan dan polis membuktikan dengan pendakwaan yang dibuat mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.
Dalam perkembangan lain, berdasarkan laporan statistik jumlah kerugian yang dicatatkan bagi kes komersil di Selangor bagi tahun ini sehingga hari ini berjumlah lebih RM444 juta dengan 4,648 kes.