61 kayu bergergaji dirampas

Iklan
Pegawai PHD Temerloh dan Bera mengukur papan yang telah belah sekumpulan individu yang menebang balak secara haram di Hutan Simpan Chini kelmarin.

KUANTAN - Sebanyak 61 kayu bergergaji jenis meranti tembaga, keruing dan balau pelbagai saiz bernilai lebih RM16,000 telah dirampas Pejabat Hutan Daerah (PHD) Rompin dan Bera di Hutan Simpan Chini, Pekan.

Pegawai PHD Temerloh dan Bera, Azmi Abdul Rahman berkata, kegiatan itu berjaya ditumpaskan hasil daripada pemeriksaan di kawasan tersebut dengan menjumpai tiga tunggul pelbagai balak yang ditebang oleh beberapa individu secara haram sejak seminggu lalu.

Iklan
Iklan

"Kegiatan ini dilakukan oleh tiga hingga empat individu (kumpulan) tempatan yang mahir selok belok kawasan Hutan Simpan Chini dan mereka juga menggunakan laluan ladang untuk kerja pemindahan kayu.

"Untuk mengelak ditangkap mereka menggunakan sepenuhnya peluang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Ramadan untuk memasuki hutan seterusnya melakukan kegiatan yang menyalahi undang-undang," katanya ketika dihubungi hari ini.

Iklan

Azmi berkata, kumpulan terbabit memiliki kemahiran tinggi apabila mereka menggunakan mesin gergaji berantai untuk menebang pokok dan membelahnya mengikut saiz tertentu.

"Kita percaya kegiatan yang mereka lakukan ini mengambil masa antara seminggu hingga dua minggu sahaja bagi mengelak dikesan pihak berkuasa,"katanya.

Iklan

Tambah beliau, beberapa spesis kayu tertentu sahaja dipilih seperti cuba memenuhi permintaan selain menghasilkan papan dan kayu pelbagai saiz, mereka turut membuat tiang pagar menggunakan pokok spesis keras.

"Saya difahamkan permintaan terhadap kayu belah tinggi kerana harganya lebih lebih rendah serta kayu juga lebih berkualiti," katanya.